Saturday 28 July 2012

Biodata ahli Jakamas : BEADBITKITTY AKSESORI (BBK)


Dihasilkan Oleh Siti Hawa Ngalim

Ditubuhkan atas minat mempelbagaikan aksesori yang kreatif sebagai hadiah kepada teman sempena hari lahir mereka, koleksi semusim untuk di padankan dengan pakaian supaya gaya nampak lebih kreatif dan menarik. 
Selain minat yang mendalam mempelbagaikan rekaan dan menjual aksesori ini, Beadbitkitty (BBK) juga menyalurkan sebahagian jualan keuntungan ke rumah-rumah kebajikan untuk dikongsi bersama hasil yang diperolehi bersama insan yang kurang bernasib baik.



Walaupun nilainya sedikit iaitu hanya sebanyak RM120 telah di salurkan ke RUMAH BARKAT dibawah Pertubuhan Kebajikan Anak-Anak Yatim Johor (PKAYJ)  pada bulan November 2010, sebagai menyahut cabaran kepada diri sendiri untuk membantu insan yang memerlukan dengan pendapatan sambilan yang tidaklah selumayan mana. Tujuan beliau adalah untuk menggalakkan remaja dan wanita untuk bersama-sama menerapkan nilai murni untuk sentiasa mengingati mereka yang memerlukan. Harapan BBK kepada kanak-kanak di rumah kebajikan tersebut ialah agar mereka akan belajar dengan bersungguh-sungguh dan menjadi insan yang dikagumi suatu hari kelak.


Siti Hawa Ngalim adalah pereka hiasan aksesori manik kreatif ini, Beliau mula mereka pelbagai jenis aksesori manik ini semasa beliau belajar di Penn State University, USA lagi. Minat ini timbul apabila beliau rasa kesunyian dan merasa bosan keseorangan di perantauan mengenangkan keluarga jauh di Malaysia. Sebagai pengubat kesunyian, beliau cuba mereka pelbagai jenis aksesori ini untuk jualan kepada rakan-rakan terhampir disamping menanam niat yang murni di hati.Orang tidak dikenali, bloggers, rakan-rakan seperjuangan dan rakan-rakan perniagaan kakak beliau juga menjadi pelanggan kepada koleksi rekaan ini.


Sekadar untuk pengetahuan, semasa di perantauan juga beliau pernah bekerja sebagai tukang cuci (cleaner), pelayan tetamu di restoran (waiter), perpustakawan dan sebagainya untuk mendapatkan wang saku lebih di samping untuk menghilangkan kerinduan tanah air Malaysia tercinta. Beliau kini masih lagi menyambung pengajian beliau di New South Wales University, Sydney Australia.


Apa yang ingin disampaikan oleh beliau ialah, segala hobi yang anda lakukan boleh menjadi sumber pendapatan sampingan atau pendapatan tetap anda. Yang penting apabila berjaya anda haruslah sama-sama menikmati segala kemewahan bersama insan yang lemah dan memerlukan. Semuga semua remaja dan wanita Malaysia menjadi wanita yang berinspirasi, berjaya dan sentiasa menerapkan nilai-nilai mulia di dalam hati mereka.


2 comments:

  1. Syabas ... hanya beringat. ANda tidak boleh berjuang seorang diri. Nanti hanya syok sendiri

    ReplyDelete
  2. Great things are not accomplished by those who yield to trends and fads and popular opinion.
    Jack Kerouac

    Syok sendiri ialah orang yang perasan dirinya nombor satu di Malaysia. Tun Dr Mahathir yang mana blognya dibaca oleh pembaca dari seluruh dunia pun tidak pernah mendabik dada mengaku blognya adalah blog nombor satu di Malaysia. :-)

    ReplyDelete

Sebarang pandangan dan komentar tidak semestinya melambangkan pendirian dan sikap Jakamas. Anda bertanggungjawab sepenuhnya di atas komen anda terhadap sebarang pandangan dan komentar yang diutarakan.